
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah SWT yang mengizinkan e-book ini terhasil.
Di dalam 12 SIRI BACAAN PALESTIN ini dihasilkan untuk anak-anak mempelajari dan memahami rahsia di sebalik sebuah negara bernama Palestin yang menjadi tumpuan seluruh dunia. E-book ini memberi maklumat tentang isu yang dibincangkan dengan ayat yang ringkas dan mudah difahami oleh anak-anak.
E-book ini turut mengandungi gambar dan ilustrasi yang menarik yang dijana menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI). Mudah-mudahan e-book ini akan menjadi bahan bacaan yang berguna untuk membantu anak-anak memahami dan menghargai sejarah dan perjuangan rakyat Palestin.
Diharapkan agar e-book ini juga dapat memupuk sifat suka membaca dalam kalangan anak-anak bagi mengembangkan pengetahuan dan kemahiran insaniah. Membaca juga merupakan salah satu daripada langkah pertama dalam mewujudkan generasi yang berilmu, beriman dan bertakwa, serta memiliki rasa sentiasa bersyukur dan kagum terhadap kebesaran Allah SWT.
Selamat membaca dan semoga buku ini memberi manfaat kepada anda semua.