4 SIRI ISLAM AGAMA SAYA

Segala pujian dan syukur kepada Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. 

    Siri ini, saya mula dan siapkan ketika Taufan Al-Aqsa berlaku. Kecekalan dan keteguhan saudara kita di Palestin begitu menyentuh perasaan saya, malah saya pasti telah menyentuh perasaan ramai insan di seluruh dunia. Yang paling jelas ialah keteguhan iman terhadap Allah SWT yang ketara tersemai dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak Palestin sangat petah berbicara tentang ketentuan Allah, tentang kecintaan kepada Rasul Muhammad SAW, dan fasih membacakan ayat-ayat suci al-Quran dari ingatan mereka. Sedarlah saya betapa umat Muslim kita sangat memerlukan ilmu dan iman seperti ini. 

     Maka, saya nukilkan 4 buku di dalam 1 siri, yang saya namakan Siri Islam Agama Saya. Siri ini adalah pengetahuan yang paling asas dalam agama Islam. Di dalam siri ini, anak-anak akan diperkenalkan dengan iman dan kepercayaan asas dalam agama Islam dengan penerangan yang ringkas dan mudah beserta gambar-gambar menarik yang dijana dari teknologi artificial intelligence (AI). 

      Saya berharap dan berdoa agar buku ini akan menjadi bacaan yang bermanfaat dalam membantu anak-anak dalam menyemai cinta terhadap Islam dan membentuk peribadi sebagai seorang Muslim. Semoga buku ini dapat menjadi antara bahan bacaan awal dalam membimbing anak-anak menjadi insan yang berbangga dengan agamanya.

Selamat Membaca.  


Umm Maryam




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
4 SIRI ISLAM AGAMA SAYA
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN