
Siri Masakan Malaysia
Siri Masakan Malaysia ini menghimpunkan beberapa resipi juadah dan snek kegemaran rakyat Malaysia.
Dalam koleksi ini, pelbagai jenis juadah tradisional dan moden akan diketengahkan bagi memperkenalkan juadah Malaysia bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan, malah di seluruh dunia. Justeru, buku ini diterbitkan untuk membantu para pembaca memasak juadah kegemaran ramai ini.
Setiap resipi yang disertakan di sini telah dipilih dengan teliti untuk memastikan bahawa pembaca dapat menikmati pengalaman memasak yang menyeronokkan dan hasil yang memuaskan. Dari masakan tradisional yang menggamit nostalgia hingga hidangan-hidangan moden yang mengasyikkan, buku ini menyediakan pelbagai pilihan untuk dicuba di dapur anda sendiri.
Dalam judul ini, Warisan Nasi Ayam Hainan telah dipilih kerana ianya merupakan makanan pilihan rakyat Malaysia. Di samping itu, resepi ini turut dipilih kerana mempunyai kenangan yang tersendiri kepada penulis. Penulis juga berhasrat agar menu ini dapat diketengahkan kepada lebih ramai pembaca dari luar negara untuk mencuba resipi Warisan Nasi Ayam Hainan.
Kami berharap buku ini dapat menjadi panduan yang berguna dan memberi inspirasi kepada anda untuk mencuba pelbagai masakan dari pelbagai budaya.
Jom masak! Anda mampu menghasilkannya.