TRAVELOG KEMBARA ILMU SINGAPURA

Travelog Kembara Ilmu : Singapura

          Travelog ini merupakan coretan perjalanan seorang pendidik yang dahagakan ilmu dalam pelbagai dimensi. Perjalanan kali ini merupakan kembara ilmu untuk menghadiri satu program Train-the-Trainer: AI For Good (Educators) yang dihadiri bukan sahaja oleh peserta dari Malaysia, malah ada juga peserta dari Thailand dan Filipina. Perjalanan 5 hari 4 malam ini meninggalkan satu kesan yang mendalam bagi diri penulis kerana ini merupakan kali pertama penulis menyertai program sebegini di luar negara selepas menyertai alam pekerjaan.

            Dalam masa yang sama, perjalanan ini membuka satu dimensi baharu dalam diri penulis yang selama ini seorang introvert dan selesa berada di bawah kepompong comfort zone. Bermusafir sendirian, tidak tahu apa yang bakal dihadapi, dengan tiada teman di sisi menemani, penulis sedar, beliau harus berusaha untuk menjadikan pengalaman ini cukup bermakna bukan sahaja dari segi ilmu yang bakal diperolehi, malah dalam aspek perhubungan dan komunikasi sesama peserta termasuklah menjalinkan rangkaian yang baharu.

            Perkongsian cerita dan pengalaman bersama sahabat-sahabat yang baru dikenali memberikan suatu kenangan yang bukan sahaja indah malah bermanfaat.

            Perjalanan merentasi Kota Singa juga bukan sekadar untuk berhibur atau pesta membeli-belah. Setiap langkah diiringi dengan pemerhatian dan pengharapan agar apa yang baik dapat dibawa pulang menjadi teladan yang dapat dicontohi, dan mana yang tidak elok atau kurang sesuai dapat dijadikan pengajaran dan iktibar dalam kehidupan.

            Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsikan dengan lebih ramai ahli masyarakat, agar semua mampu beroleh manfaat.

 


Jannatul Madihah Abu Bakar

Kota Singa

21-25 Oktober 2024



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
TRAVELOG KEMBARA ILMU SINGAPURA - JANNATUL MADIHAH
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN